Tuesday, 17 June 2014

Resepi Makanan Semasa Berpantang

 Assalammualaikum w.b.t


Hmmm....teringat waktu saya berpantang bersalin tahun lepas. Menu ikan bilis goreng dengan lada hitam tumbuk, makan dengan nasi panas-panas...Nyum nyum...sedap!!

Bila dah masuk minggu kedua, saya makan sup sawi kosong dengan ikan bilis atau ikan haruan goreng. Pon sodap!!!

So untuk ibu-ibu yang bakal berpantang, saya kongsikan resepi untuk you all. Resepi ni juga elok untuk pantang bersalin secara caesar dan kanak-kanak berkhatan.


RESEPI KETIKA BERPANTANG:

1) Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
a) Ikan masin digoreng tanpa minyak
b) Lada hitam

Cara-cara:
- Tumbuk bahan di atas, boleh tambah perahan jus limau sekiranya suka.
- Gaulkan sebati

2) Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
a) 1 keping Ikan tenggiri
b) 1/2 biji bawang besar yang dihiris
c) 2 biji lada besar
d) beberapa hirisan halia

Cara-cara:
-  Ikan digoreng bersama hirisan halia
- Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang besar tapi jangan hancur.
- Hidang bersama nasi panas

3) Ikan Bilis Goreng & Lada Hitam

Bahan-bahan:
a) Ikan bilis yang sudah dibasuh
b) Minyak
c) Lada hitam

Cara-cara:
- Goreng ikan bilis sehingga garing tapi dengan menggunakan sedikit minyak
- Lada hitam ditumbuk lumat.
- Kemudian taburkan lada hitam tadi ke atas nasi panas, makan bersama ikan bilis goreng tadi.

4) Sup Sawi

Bahan-bahan:
a) Sawi
b) bawang merah

Cara-cara:
- Didihkan air di dalam periuk.
- Masukkan bawang seterusnya sawi.
- Tambahkan garam dan angkat. Makan bersama nasi panas.

5) Sup Ikan Haruan 

Bahan-bahan:
a) Sepotong Ikan Haruan yang telah dibersihkan
b) Halia
c) Asam keping
d) Bawang Merah
e) Kunyit Hidup

Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk bersama air yang secukupnya
- Renehkan sehingga masak sebati, jangan lupa letak garam secukupnya.

6) Sambal Tok-Tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
a) Ikan Bilis
b) Bawang Merah
c) Bawang Putih
d) Lada Hitam

Cara-cara:
- Goreng bahan tadi kemudian tumbuk campur dengan sedikit garam
- Hidang bersama nasi panas

7) Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam

Bahan-bahan:
a) 4cm halia muda
b) 3cm kunyit hidup
c) garam secukupnya
* kesemua bahan ini dikisar dan diperap dengan ayam/daging

Cara-cara:
- Bakar ayam/daging yang diperap tadi
- Sediakan air asam dengan menggunakan 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
- Hidangkan dengan nasi panas.

8) Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
a) Daging batang pinang dihiris nipis
b) Halia dimayang halus
c) Bawang putih diketuk
d) Bawang besar dihiris bulat
e) 1 biji lada benggala (boleh gunakan cili hidup sekiranya nak pedas)
f) sedikit sos tiram
g) sedikit kunyit hidup/serbuk, garam/bahan perasa
h) Air asam jawa atau bancuhan tepung jagung dengan air

Cara-cara:
- Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam
- Bila lembut, masukkan bawang putih dan halia, masukkan sos tiram dan bahan perasa
- Masukkan lada benggala/cili dan hirisan bawang besar
- Sekiranya mahu berkuah, boleh masukkan air asam jawa/air bancuhan tepung jagung.

9) Lengkuas Muda Masak Merah
- Bagus untuk memperbaiki rahim wanita serta mengetatkan organ wanita selepas bersalin.

Bahan-bahan:
a) Lengkuas muda dihiris nipis - direbus sehingga kering untuk buang pahit dan maung
b) Sedikit ikan bilis
c) Bawang Merah
d) Bawang Putih
e) Lada Merah

Cara-cara:
- Tumbuk lada, ikan bilis dan bawang. Kemudian tumis dengan sedikit minyak
- Masukkan garam dan lengkuas tadi dan kacau sehingga sebati

10) Ayam Panggang

Bahan-bahan:
a) Ayam
b) 1 batang serai dititik
c) 1 sudu jintan manis
d) 1/2 sudu jintan putih
e) 1cm kunyit hidup
f) 1cm lengkuas
g) 1cm halia
h) 4 ulas bawang merah
i) 2 ulas bawang putih
j) Garam
k) Air asam jawa
l) 1/2  cawan air

Cara-cara:
- Ayam dilumur dengan garam, sedikit bawang merah, halia, bawang putih dan kunyit.
- Tumbuk juga lengkuas dan bahan-bahan lain
- Panggan ayam.
- Tumis bahan tumbuk tadi, masukkan air asam jawa dan garam.
- Tambah sedikit air untuk berkuah. Bila sudah masak, siramkan ke atas ayam panggang yang sudah masak tadi.

Sedap kan? Lepas ni, bolehlah bertukar-tukar menu untuk tempoh berpantang nanti. Tapi kena kawal makan jugak tau, mentang-mentang sedap..hihihi..Tak apa, Set Pantang Shaklee kan ado...boleh kurus pulak tu.. ;)
Jom cuba!

* sumber dari blog sirap limau & pengalaman berpantang sendiri

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment