Tuesday 10 March 2015

TQ!

Assalammualaikum w.b.t

Tetiba saya rasa saya nak buat entri blog hari ini. Huhuhuhu...

Terharu pun ada. Dah lama saya tak update blog, tapi sepanjang tempoh saya tak update blog ramai pula yang view dan like fb page MamaDanBabySihat. Huhuhu... TQ2...

Sebenarnya rindu nak update blog tapi masa dan keadaan tak mengizinkan.

Kebetulan update ni, nak bagitau yang saya menerima tempahan menjahit beberapa item untuk keperluan newborn baby.

Antaranya:
Barut Baby
Bedung Baby
Blanket Baby
Set Tilam Kekabu Baby
Comforter Baby

Ada juga barang baby yang lain, bolehla singgah igshop saya: chumelhouse.

Kalau nak cari produk Shaklee pun saya masih agen ya.

Apa2 boleh contact saya.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Sunday 7 December 2014

Pesanan Rasullullah s.a.w Sebelum Kita Masuk Tidur

Assalammualaikum w.b.t


Hari ini sibuk melayan si Ammar seharian. Penat tapi membahagiakan! Semua ibu-ibu macam tu kan?

Sebelum masuk tidur, tengah buat housekeeping dalam laptop saya ni. Memang dah lama tak godek-godek. Godek punya godek, saya terjumpa note ni: Pesanan Rasulullah s.a.w sebelum masuk tidur.
Apa yang perlu buat sebelum masuk tidur. Dah lama saya simpan ni untuk panduan saya. Rasanya eloklah saya kongsikan disini untuk manfaat semua orang. Jom sama-sama kita amalkan. Sampaikanlah kepada mereka yang lain ya :) Kalau tak buat pun, sampaikan pesanan Rasulullah ni pun dah dapat pahala.

12 Pesanan Dari Rasulullah s.a.w Sebelum Kita Masuk Tidur

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk

2. Membersih atau mengibas tempat tidur kita.

3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

4. Membaca tasbih Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34. (mafhum dari HR Muslim)

5. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. (mafhum dari yang direkod Bukhari)

6. Niat untuk bangun Tahajjud.

7. Ambil wudhu dan solat sunat taubat 2 rakaat.

8. Membaca doa tidur.

9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

10. Membaca Surah al-Kaa-firun

11. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

12. Jika mimpi buruk . istiqfar 3x (buat isyarat ludah ke sebelah kiri) dan balikkan bantal. Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat. Semoga Allah memperkenankan.



Mari kita sama-sama amalkan ya. Selamat malam semua!!!



Thursday 27 November 2014

Hukum Memakai Telekung Lycra Berwarna

Assalammualaikum w.b.t

Dah berbulan tak update blog ni. Bukan tak ada idea tapi sibuk dengan urusan harian. Sibuk lagi....macam alasan je.. huhu.. memang betul saya agak sibuk kebelakangan ni. Huhuhu.

Malam tadi saya cadang nak beli telekung baru yang lycra yang macam-macam warna tu. Saya tertanya-tanya tentang 'Hukum Memakai Telekung Lycra Berwarna?'. So saya tanya En.Google. Jawapan yang dapat tak mengecewakan saya. Jadinya, saya share la kat sini harini untuk kebaikan bersama. Baca petikan yang saya 'copy paste' dari web tersebut.

HUKUM MEMAKAI TELEKUNG LYCRA BERWARNA

Apakah hukumnya bersolat dalam keadaan bersolek? Bagaimana pula solat dengan mengenakan telekung pelbagai warna dan berkerawang yang boleh mengganggu tumpuan orang lain.

JAWAPAN
Alat solek yang dibuat daripada bahan halal adalah harus digunakan manakala alat-alat solek yang dibuat daripada bahan-bahan tidak halal atau tidak suci maka hukumnya adalah najis dan tidak boleh dibawa di dalam solat.

Memakai alat solek dalam solat setakat yang dibenarkan oleh syarak adalah harus. Pemakai alat solekan hendaklah membasuh muka terlebih dahulu kerana ditakuti alat-alat solek itu tadi akan menghalang air daripada terkena kulit muka atau pewarna rambut yang menghalang air sampai kepada rambut ataupun pengilat kuku yang menghalang air sampai ke kuku.

Apa saja yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk akan mengakibatkan wuduk tidak sah. Apabila wuduk tidak sah maka solat pun tidak sah. Kepada wanita ataupun mungkin lelaki yang ingin menggunakan alat solek hendaklah memastikan bahawa alat solek yang digunakan dibuat daripada bahan-bahan  suci atau tidak najis. Ini kerana produk-produk kecantikan pada hari ini ada yang menggunakan bahan-bahan najis dalam penghasilannya. Jadi bahan-bahan itu tidak boleh dibawa ke dalam solat. Misalnya ia diperbuat daripada bahan-bahan haiwan ataupun apa saja yang tidak halal.
Wanita yang hendak menggunakan alat solek hendaklah membersihkan terlebih dahulu muka mereka daripada alat solek. Jika solekan penuh di muka, dikhuatiri air wuduk tidak sampai ke muka.
Sebahagian wanita suka kepada solekan melampau. Ini terlalu menarik perhatian orang lelaki dan solekan yang melampau ini adalah diharamkan dalam Islam.

Pastikan bahan halal dan suci
Kalau hendak bersolat maka sebenarnya tidak perlu bersolek, yang diperlukan adalah wuduk yang sempurna, pakaian yang sesuai dan sah dari segi syarak dan hati yang khusyuk bukannya solekan.
Sepatutnya sebelum menggunakan sesuatu produk itu kita hendaklah teliti terlebih dahulu bahan-bahannya, adakah ia diperbuat daripada bahan-bahan halal atau sebaliknya.

Perkara ini perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ia adalah penting sama ada kita boleh menggunakannya atau tidak. Kalau ia diperbuat daripada bahan-bahan suci dan halal tidak mengapa tetapi jika bahan-bahan najis yang haram apalagi bahan-bahan kimia yang boleh membawa kemudaratan maka ia adalah najis dan ia tidak boleh dibawa ke dalam solat.

Menggunakan bahan-bahan yang boleh membawa kemudaratan adalah diharamkan kerana Islam melarang umatnya mencampakkan mereka ke dalam lembah kemudaratan.
Mengenai soalan telekung pula, sebenarnya tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan telekung berwarna-warni dan penuh kerawang. Di antara syarat sah solat adalah menutup aurat dan Islam tidak pula menetapkan warna tertentu dalam penggunaan pakaian solat dan Islam juga tidak menetapkan jenis atau bentuk pakaian tertentu untuk digunakan dalam solat.

Haram jika mahu menunjuk-nunjuk
Penggunaan telekung adalah sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh lelaki dalam solat.

Pada asalnya telekung adalah berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni.
Hukum asalnya adalah harus menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang perlu ditegur di sini.

Apakah tujuan si pemakai telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.

Kalau pemakainya ikhlas dan tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai.
Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.

Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu.

sumber: Mingguan Wanita

Wednesday 29 October 2014

Khasiat Buah Untuk Badan Kita

Assalammualaikum w.b.t

Nak share sikit good info yang saya dapat pagi tadi dari seorang rakan. Secara ringkasnya jambu batu, betik, nenas dan pisang emas sangat bagus untuk khasiat tubuh badan.

Untuk selanjutnya, bolehlah baca dibawah ni ye :)

TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
 
Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
 
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
 
Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
 
Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.
 
Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.
Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.
 
Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.
Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya.
"Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.
"Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.
 
Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.
Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.
 
Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.
Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.''
 
Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia.
"Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya.
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu.
 
"Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau.
Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
 
Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi.
UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.
 
Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya.
Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi.
 
"Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya,'' katanya .

Sunday 12 October 2014

Review Instagram Chumel House


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, malam ini hujan di Shah Alam. Harap-harap jerebu ni makin bertambah baik. Tak larat dah nak sedut udara yang tak sihat.

 Entri kali ni nak review Instagram Chumel House. Hihi.

Chumel House ni kepunyaan saya jugak. Dah dekat 2 tahun beroperasi secara online dan secara part time. Just untuk isi masa lapang dan menggunakan platform media sosial sebaik mungkin. Disamping memburu cita-cita untuk membuka fizikal butik suatu hari nanti. Sebelum ini beroperasi melalui Facebook Page Chumel House dan kini lebih tertumpu kepada Instagram yang tengah hot sekarang ni. :)

Chumel House merupakan online store untuk keperluan ibu dan bayi serta kanak-kanak.


Antara produk yang dijual oleh Chumel House adalah:

- Set Pengurusan Uri
- Set Tilam Kekabu Bayi dan Stroller Pad
- Barut, Bedung Bayi dan Tungku Bayi
- Nursing Pillow
- Nursing Cover
- Bantal Karipap
- Botol Menyusu Bayi
- Breastpump dan aksesori
- Diaper Bag
- Warmer dan Sterilizer
- Bra Menyusu, Bengkung Bersalin,
- Cooler Bag dan keperluan untuk menyimpan susu perahan (EBM)
- Nursing Tea, Milk Booster
- Baju Menyusu
- Set Bersalin, Set Kurus, Set Berpantang Shaklee
- Alat Mainan Bayi dan Kanak-Kanak
- dan banyak lagi.

Jenama yang ada ditawarkan oleh Chumel House pula ialah:

- Autumnz
- Baby Bullet
- Carters
- Fisher Price
- Grandma Secret
- Jingle Jungle
- Lamaze
- MAM
- Medela
- Mothercare
- NUK
- Philips Avent
- Rumble Tuff
- Shaklee
- Simple Dimple
- Snow Bear
- Spectra
- Tommee Tippee
- dan banyak lagi.

So, sekarang anda dah jelaskan apa yang  Chumel House jualkan kan?
Yang pasti HARGA LEBIH MURAH DARI BIASA.

Inilah Instagram Chumel House dengan ID Instagram ialah chumelhouse.


Cukuplah sikit dulu intro pasal Instagram Chumel House. Nak tau lagi banyak sudi-sudikanlah follow ye :)

Terima Kasih!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera
Instagram: chumelhouse